Tiada yuran pentadbiran dikenakan untuk memproses permohonan pinjaman anda.
Yuran Penerimaan
Pemohon yang berjaya akan dikenakan bayaran penerimaan berdasarkan jumlah pinjaman.
Kadar Peratus Tahunan (APR)
Kadar Peratus Tahunan (APR) adalah 12%, walau bagaimanapun APR mungkin berbeza-beza berdasarkan rekod kredit peminjam &/atau (pihak-pihak) penjamin.
Yuran Pembayaran Lewat
Bayaran penalti pembayaran lewat minimum RM300.00* akan dikenakan bagi setiap pembayaran lewat.
* Bayaran denda lewat berbeza berdasarkan jumlah pinjaman
Pembayaran Faedah Lewat
Pembayaran Faedah Lewat adalah pada kadar 120% setahun ditambah dengan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda.
Larangan Bayaran Cek
Jika anda mengemukakan cek yang tidak laku sebagai bayaran, anda akan dikenakan yuran pengendalian sebanyak RM100.00 untuk pemulangan cek tersebut.
Pembayaran Default
Semua yuran undang-undang dan apa-apa perbelanjaan lain yang ditanggung untuk mendapatkan jumlah pinjaman, faedah, yuran lewat dan apa-apa caj lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman kami akan ditanggung sepenuhnya oleh Peminjam &/atau Penjamin.
Tenaga Credit & Leasing Sdn Bhd berhak untuk memindah mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu.